Saturday, December 31, 2011
Tuesday, December 27, 2011
masa sudah semakin singkat

bismillahirrahmanirrahim,
dulu, aku seorang yang penuh dengan warna impian. aku seorang yang agak periang, hidup sederhana, penuh dengan cerita untuk dikongsi. namun, segalanya berubah. ruang lingkup hidup aku mula mengecil. kehidupan ini umpama tidak ada warna lagi bagi aku. sudah tidak ada yang menarik bagi aku. berkongsi cerita sedih bukanlah sesuatu yang memotivasikan malah ibarat meraih simpati orang. gelombang-gelombang negatif terlalu kuat menarik aku untuk terus kalah melawan ujian hidup ini. aku punya cerita untuk disampaikan, untuk dikongsi bersama, namun aku terlalu berkira-kira tentang anggapan orang. sudah agak lama aku tidak menulis. kerana aku sudah tidak lagi seronok berkongsi cerita dunia. adakah aku yang cuba lari dari sahabat-sahabatku atau adakah mereka yang melarikan diri? yang pasti, aku diheret dengan anggapan, "mereka melarikan diri daripada aku". Selalu juga berkira-kira dan mentelah "does anybody care about me?", "siapa aku orang mahu ambil peduli?", "sebab aku tidak penting, tidak memberi apa-apa kesan dalam kehidupan mereka" dan pelbagai anggapan negatif yang selalu bersarang dalam firasat aku.
di sini, aku terlalu takut untuk berkongsi semuanya. aku tidak tahu kenapa, aku sudah banyak berubah. kerana beranggapan bahawa tidak ada apa lagi yang penting untuk dikongsi, aku selalu berbalah dengan emosi sendiri. segalanya telah berubah. separuh dari diri aku yang dahulu sudah pergi, hilang entah ke mana. "siapa peduli?".
hidup dalam penafian amat meletihkan. setahun telah pergi. pergi bersama impian aku yang sudah terlalu lama aku idamkan. menahan kepayahan ini tidak semudah dengan ungkapan "banyakkan bersabar". bersabar, bukan satu perkara yang semudah ungkapan 'sabar' itu sendiri. ia memerlukan energi yang sangat luar biasa untuk sebetulnya 'mengguna' dan berada dalam keadaan sabar. kuatkah aku? maaf semua, aku tidak berniat untuk juga mengheret kalian bersama di dalam gelombang negatif aku ini.
aku tidak begitu kuat lagi untuk bertindak. kerana dipengaruhi emosi, sebetulnya. pada aku, bila antara yang telah mendengar cerita lara aku, mereka akan mendengar dan mendengar dengan sebenar-benar cara mendengar. selepas itu, mereka terus hilang. itu sahajalah yang terdaya mereka lakukan. mungkin, ya, aku mengemis simpati orang. aku mahu mereka memahami, aku mahu mereka merasa dengan sebenar-benar cara merasa, sebenar-benar rasa sebagaimana apa yang aku alami. terlalu mendesak, bukan? "siapa peduli?".
ada yang berkata, aku terlalu prejudis, dengan diri sendiri. terlalu mementingkan perasaan sendiri. mungkin, telahan mereka betul. namun, aku masih samar. minda aku terlalu sarat untuk terus berfikir tentang apa lagi yang harus aku lakukan? betahkan kalian hidup seperti aku? i'm a cancer survivor. aku terlalu takut untuk mengungkapkan perkataan itu. takut. teramat takut. bila melihat guguran helaian rambut dan wajah yang kepucatan, ia seolah-olah menarik seluruh energi aku untuk terus kuat. kuat menghadapi kehidupan. aku cuba mengumpul kekuatan. sedikit demi sedikit. aku takut, aku keseorangan dalam berjuang, "siapa peduli?". aku sepatutnya bersyukur, aku di tahap yang masih awal. namun, perasaan takut terus menguasai.
sebetulnya, aku terus berharap yang keajaiban akan datang. keajaiban daripada Ilahi. aku punya banyak impian yang masih belum tertunai. aku juga seperti kalian. aku belum lagi mahu pergi, walaupun aku merasakan permintaan aku ini terlalu tamak. sesungguhnya, aku ingin menggapai impian aku terlebih dahulu. masa mungkin sudah singkat. namun, aku masih di sini, terus menunggu dan berharap, keajaiban akan berlaku. ya Tuhan, kasihanilah aku, bantulah aku!

****************************

Thursday, September 1, 2011
poetry from me
april
in the pastel blur
of the garden,
the cherry
and redbud
shake rain
from their delicate shoulders,
as petals
of pink
dogwood
wash down the ditches
in dreamlike
rivers of colours
in the pastel blur
of the garden,
the cherry
and redbud
shake rain
from their delicate shoulders,
as petals
of pink
dogwood
wash down the ditches
in dreamlike
rivers of colours
Tuesday, February 15, 2011
Teruskan
teruskan...
perjuangan kehidupan
disarati ujian cabaran
diberati beban dugaan
usah mencari alasan
bangkitlah melawan
berusahalah menahan
segala kesakitan
seluruh kepedihan.
biarpun berseorangan
tempuhlah dengan kesabaran
jangan menagih ihsan
berpeganglah pada Tuhan
nescaya tiada kesedihan
dan perjalanan diteruskan
atas nama kehidupan.
disarati ujian cabaran
diberati beban dugaan
usah mencari alasan
bangkitlah melawan
berusahalah menahan
segala kesakitan
seluruh kepedihan.
biarpun berseorangan
tempuhlah dengan kesabaran
jangan menagih ihsan
berpeganglah pada Tuhan
nescaya tiada kesedihan
dan perjalanan diteruskan
atas nama kehidupan.
Subscribe to:
Comments (Atom)